Friday, January 7, 2011

Bengkel-bengkel yang telah dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan

Bengkel Jumpstarting Scholarly Writing

Bengkel Jumpstarting ini adalah bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan bersama Jabatan Sokongan Penyelidikan PTAR. Bengkel ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pensyarah bagi memahami konsep dan kaitan penyelidikan, penerbitan, kutipan petikan berindeks, jurnal berimpak tinggi dan penggunaan data ISI yang tepat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menunjukkan bagaimana pengguna boleh memperolehi pelbagai jenis data Web of Science. Peserta yang menghadiri bengkel ini terdiri daripada kumpulan profesional UiTM. Bengkel yang berlangsung selama dua jam ini menjemput dua orang penceramah iaitu Y.Bhg Prof. Dr. Szarina Abdullah dan En. Rajadev Narayanasami daripada ISI Thompson untuk menyampaikan input baru serta berkongsi pengalaman kepada para peserta. Bengkel ini telah dihadiri oleh 59 orang peserta.
 
En. Rajadev dan Y.Bhg Prof. Dr. Szarina sebelum memulakan bengkel
Para peserta sedang mendengar mentor mengendalikan bengkel
Y.Bhg Prof. Dr. Szarina menunjukkan salah satu risalah bengkel
En. Rajadev sedang menyampaikan ucapan kepada para peserta
Peserta bengkel sedang berbincang dan melihat risalah bengkel 
Foto oleh Hairi Mohamad@ Md Hussin
Tarikh : 4 Ogos 2010
Penceramah :Y.Bhg Prof. Dr. Szarina Abdullah
                     En. Rajadev Narayanasami
Moderator: Prof. Madya Dr. Darussalam Abu Bakar
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Tempat : Auditorium 2, Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (ILQAM)
Kehadiran : 59 orang


Bengkel Jumpstarting Scholarly Writing 2

Bengkel ini merupakan bengkel Jumpstarting kedua yang dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan RMI dan juga jabatan sokongan Penyelidikan PTAR. Susulan dari bengkel Jumpstarting yang pernah diadakan sebelum ini, bengkel kali ini memberi pendedahan tentang pengurusan jurnal berimpak tinggi. Terdapat dua objektif yang penting dalam bengkel ini iaitu memberi pendedahan kumpulan sasaran tentang strategi menguruskan dan meningkatkan kualiti jurnal UiTM supaya menjadi jurnal berimpak tinggi dan juga tentang bagaimana untuk memahami konsep dan kaitan penyelidikan, penerbitan dan kutipan petikan berindeks ke arah mencapai Research University (RU).

Bengkel ini dikelolakan oleh tiga orang penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang penerbitan jurnal berimpak tinggi iaitu Y.Bhg Prof. Dr. Szarina Abdullah dari Fakulti Pengurusan Maklumat, Y. Bhg Prof. Dr. Normah Omar (Pengarah ARI) dari Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) dan Prof. Madya Dr. Nor Zaidi Mohd Daud daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan .

Terdapat tiga topik utama yang dibincangkan dalam bengkel iaitu Getting to know impact factor journal , C.I.J and Flagship, Strategies from centre of excellence dan Flagship journal writing, best practice. Bengkel ini berlangsung selama 4 jam dan peserta didedahkan dengan pelbagai strategi, pengalaman dan kaedah yang paling mudah untuk menguruskan dan membolehkan penulisan diterbitkan dalam jurnal impak tinggi.

Prof. Madya Dr. Darussalam mengucapkan kata-kata aluan kepada peserta bengkel
Para peserta sedang mendengar taklimat ringkas daripada moderator

Prof. Madya Dr. Norzaidi sedang mengendalikan bengkel  
Y.Bhg Prof. Dr. Normah membentangkan slaid kepada audien

Foto oleh  Hairi Mohamad@Md Hussin
                Muhammad Bahtiar Masidin
Tarikh : 21 Oktober 2010
Penceramah : Y. Bhg Prof. Dr Szarina Abdullah
                     Y.Bhg Prof. Dr. Normah Omar
                      Prof. Madya Dr. Norzaidi Mohd Daud                    
Moderator : Prof. Madya Dr. Darussalam
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari

Tempat : Bilik Seminar Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1)
Kehadiran : 48 orang


Bengkel Royal Chemistry of Society

Bengkel Royal Chemistry of Society ini telah diadakan dengan jayanya di Auditorium 2, PTAR 2. Bengkel ini dihadiri oleh 50 orang pensyarah UiTM dan berlangsung selama 3 jam. Bengkel Royal Chemistry of Society ini lebih menumpukan kepada mendedahkan peserta terhadap penerbitan hasil penyelidikan, penerbitan jurnal dan seumpamanya. Seterusnya, objektif bengkel pula adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada staf akademik menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh Royal Society of Chemistry (RSC), menyebarkan maklumat mengenai aspek-aspek penyuntingan jurnal dan memberi pendedahan mengenai jurnal-jurnal terbitan RSC.

Sebahagian daripada peserta bengkel

Dr. Niamh O' Connor memperkenalkan diri kepada peserta bengkel

Salah seorang peserta bengkel bertanyakan sesuatu kepada penceramah

Prof. Madya Dr. Darussalam menyampaikan cenderahati kepada Dr. Niamh O' Connor

Foto oleh Muhammad Bahtiar Masidin
Tarikh : 28 Julai 2010 
Penceramah : Dr. Niamh O' Connor (Editor Journal R.S.C)
Moderator : Prof. Madya Dr. Darussalam
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Auditorium 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 (PTAR 2)
Kehadiran :33 orang

  
Bengkel ISI Web of Knowledge

Bengkel ISI Web of Knowledge merupakan suatu kursus Kemahiran Penggunaan Pangkalan Data Elektronik yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Penerbitan jabatan Pengurusan Sokongan Penyelidikan (JPSP) pada 30 jun 2010. Pangkalan Data merupakan sumber elektronik utama bagi rujukan para pelajar, pensyarah dan juga penyelidik. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk golongan ini mengetahui cara-cara penggunaan sumber elektronik dengan betul dalam memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat dan berkualiti.

Objektif utama bengkel adalah untuk memberi latihan secara teori dan praktikal kepada para penyelidik supaya mereka dapat mengetahui bagaimana untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang lebih berkesan, pelajari bagaimana pangkalan data elektronik membantu pembantu penyelidik dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan juga membantu para penyelidik supaya dapat mengakplikasikan penggunaan bahan dan perkhidmatan perpustakaan dengan cekap,berkesan dan berdikari. Selain itu, kursus ini juga akan menyumbang kepada pertambahan penggunaan perkhidmatan pangkalan data penyelidikan kalangan pelajar, pensyarah dan penyelidik UiTM.

Peserta dihadkan kepada 50 orang satu sesi. Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi adalah untuk bidang sains & teknologi manakala sesi petang pula untuk penyelidik bidang sains sosial dan pengurusan. Penceramah bagi bengkel ini ialah En. Patrick See dari ISI Thomson Reuters.


Senarai pendaftaran peserta  bengkel ISI WoK

Antara peserta yang hadir ke bengkel ISI WoK

En. Patrick See memberitahu peserta tentang penggunaan laman web 'ISI-Web of Knowledge'

Prof. Madya Dr. Razidah mengatakan sesuatu kepada staf Penerbitan

Foto oleh Mohammad Bahtiar Masidin
                Hairi Mohamad@ Md Hussin
Tarikh : 30 Jun 2010
Penceramah : En. Patrick See
Moderator : Prof. Madya Dr. Razidah Ismail
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari (sesi pagi / S&T)
           1.30 petang - 5.00 petang (sesi petang / SSP)
Tempat : Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
Kehadiran : sesi pagi - 47 orang
                  sesi petang - 44 orang


No comments:

Post a Comment

Kami perlukan komen anda untuk penambahbaikan. Sebarang komen dan pendapat adalah dialu-alukan. Terima kasih.