Sunday, January 23, 2011

Bengkel 'Penghasilan Artikel untuk High Impact Factor Journals di Sabah & Sarawak'

Bahagian Penerbitan RMI mengambil inisiatif ke Sabah dan Sarawak untuk menyampaikan bengkel 'Penghasilan Artikel untuk High Impact Factor Journals'. Ini adalah untuk memastikan  para pensyarah di kampus cawangan tersebut tidak ketinggalan dalam menerima ilmu pengetahuan dan input baru yang dapat dimanfaatkan daripada bengkel ini.

Bengkel ini akan menyediakan para penyelidik dengan ilmu pengetahuan baru tentang cara-cara penghasilan artikel untuk diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Para pensyarah UiTM di kampus Sabah dan Sarawak juga akan menerima pendedahan-pendedahan baru tentang cara menghasilkan artikel lebih berkualiti seterusnya diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Pendedahan seumpama ini akan membolehkan para pensyarah UiTM meningkatkan lagi mutu dan kualiti penulisan mereka.


Foto bengkel 'Penghasilan Artikel untuk High Impact Factor Journals' UiTM Sabah

Prof. Madya Dr. Darussalam menyampaikan sedikit taklimat berkenaan bengkel
Prof. Madya Dr. Norzaidi sedang menyampaikan taklimat kepada para pensyarah

Prof. Madya Dr. Norzaidi menerima cenderahati daripada Pn. Rozita@Uji Mohammed (Timbalan Pengarah PJI, UiTM Sabah)

Foto bengkel 'Penghasilan Artikel unutk High Impact Factor Journlas' di UiTM Sarawak

Y.Bhg Prof. Dr Ahmad Kamal Hayati mengendalikan bengkel
Sebahagian daripada para pensyarah yang hadir
Prof. Madya Dr. Darussalam menerima cenderahati daripada Prof. Madya Dr. Hajah Rasidah Mahdi (Timbalan Pengarah PJI, UiTM Sarawak)
Y.Bhg Prof. Dr Ahmad Kamal Hayati juga menerima cenderahati
daripada Prof. Madya Dr. Hajah Rasidah Mahdi
Antara peserta yang hadir di Dewan Besar UiTM, Sarawak

Foto oleh : Prof. Madya Dr. Darussalam Abu Bakar
                 Prof. Madya Dr. Norzaidi Mohd Daud
Tarikh: 18 Januari 2011 (Sabah)
            20 Januari 2011 (Sarawak)
Penceramah di UiTM Sabah: Prof. Madya Dr. Norzaidi Mohd Daud (S&T dan SSP)
Penceramah di UiTM Sarawak: Y.Bhg Prof. Dr Ahmad Kamal Hayati Yahya (S&T dan SSP)
Moderator: Prof. Madya Dr. Darussalam Abu Bakar
Masa: 2.00 p.m - 5.00 p.m (Sabah & Sarawak)
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama (BMU) Gym (Sabah)
Tempat: Dewan Besar UiTM Sarawak (Sarawak)
Kehadiran di Sabah : 26 orang
Kehadiran di Sarawak : 69 orang

2 comments:

  1. Terima kasih & Tahniah atas usaha mengadakan blog untuk Bahagian Penerbitan RMI. Semoga maklumat terkini dapat disalurkan dengan lebih efektif, terutama untuk para bloggers. UiTM di hatiku.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana melawati blog Bahagian Penerbitan RMI

    ReplyDelete

Kami perlukan komen anda untuk penambahbaikan. Sebarang komen dan pendapat adalah dialu-alukan. Terima kasih.