Wednesday, January 12, 2011

Kursus 'Sage Research Method Online' mendapat sambutan menggalakkan

Bahagian Penerbitan RMI dan Jabatan Sokongan Penyelidikan PTAR 1 telah menganjurkan kursus 'Sage Research Method Online' untuk memudahkan para penyelidik mencari maklumat dengan menggunakan pangkalan data SAGE secara 'online'.

SAGE merupakan satu sistem pangkalan data secara online yang boleh diakses untuk tujuan mencari maklumat berkaitan penyelidikan. Kursus ini sememangnya penting kepada pensyarah-pensyarah kerana mereka akan menerima input baru dan mereka juga akan lebih memahami cara-cara untuk mengunakan pangkalan data 'SAGE' ini.

Kursus ini dikendalikan oleh Rosalia Garcia daripada Acces Dunia dan kursus ini sememangnya mendapat sambutan yang sangat positif kerana kehadiran para pensyarah melebihi apa yang dijangkakan.


Sebahagian daripada risalah SAGE

Rosalia Garcia sedang menyampaikan kursus SAGE

Antara peserta yang menyertai kursus SAGE

Pelajar juga turut menyertai kursus SAGE

Peserta-peserta memenuhi Pusat IT PTAR 1

Prof. Madya Dr.Darussalam dan sebahagian daripada staf Penerbitan RMI

Foto oleh: Hairi Mohamad@ Hussin
Tarikh : 12 Januari 2011
Penceramah :Rosalia Garcia
Moderator : Siti Rohayu Mohd Yusof
Masa : 2.00 - 4.00
Tempat : Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1)
Kehadiran : 60 orang

No comments:

Post a Comment

Kami perlukan komen anda untuk penambahbaikan. Sebarang komen dan pendapat adalah dialu-alukan. Terima kasih.