Thursday, January 6, 2011

Perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Penerbitan RMI

Menghasilkan Bab dalam Buku
Bab dalam buku merupakan terbitan yang turut dihasilkan oleh pihak Penerbitan RMI. Format penulisan bab dalam buku adalah berbeza dengan penulisan jurnal atau buku biasa. Bab dalam buku akan membabitkan  artikel-artikel penyelidik yang berada dalam satu kategori akan dikumpulkan untuk dibukukan .
Secara ringkasnya, bahagian kulit depan 'bab dalam buku' akan memaparkan semua nama pengarang makalah,jika ia melebihi lima nama, maka ianya akan meletakkan nama pengarang utama sahaja manakala bahagian kandungan  pula  hampir menyerupai buku biasa dengan format teks sama tetapi tajuk makalah  disertakan nama atau nama-nama pengarang. Seterusnya, struktur penulisan makalahnya mempuyai tajuk,pengenalan,bahan perbincangan ,kesimpulan dan senarai rujukan. Bahagian akhir pula terdapat indeks(sama seperti anatomi buku) dan senarai biodata pengarang termasuklah alamat rasmi pengarang. 

Pengesahan Dalam Jawatan
Setiap pensyarah UiTM perlu menghasilkan penyelidikan untuk membolehkan mereka mendapat Pengesahan Dalam Jawatan  sebagai pensyarah tetap UiTM. Penyelidikan yang dilakukan akan dihantar kepada pihak RMI sebelum disokong bagi  tujuan pengesahan jawatan.
Mereka hendaklah menghantar penyelidikan yang dilakukan  serta ianya akan disemak oleh pihak Penerbitan dan juga RMI. Jika laporan penyelidikan yang dihantar memenuhi syarat yang telah ditetapkan, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) akan meyokong Borang Perakuan Penyelidikan Bagi Tujuan Pengesahan Dalam Jawatan untuk diproses oleh Bahagian Peningkatan Kerjaya dan Prestasi, Pendaftar.
Berikut merupakan prosedur untuk proses sokongan bagi Pengesahan Dalam Jawatan;
a)      Mengisi Borang Perakuan Penyelidikan bagi Tujuan Pengesahan Dalan Jawatan.
b)      Mengemukakan lampiran seperti dua naskhah laporan akhir penyelidikan bergeran, sijil    pembentangan di mana-mana seminar dan nombor ISBN/ISSN penerbitan.
c)       Hantar  kepada Penolong Naib Canselor(Penyelidikan), Prof. Abu Bakar Abdul Majeed.                                                                                                       
d)      Menerima surat pengesahan daripada pihak RMI.
e)      Borang pengesahan dalam jawatan akan dihantar kepada Bahagian Peningkatan Kerjaya dan Prestasi, Pendaftar.
Sebarang pertanyaan berkenaan pengesahan jawatan, boleh hubungi 
Ketua Penyelidikan Penerbitan, Prof. Madya Dr Darussalam Abu Bakar-03-55211425 atau
Pegawai Eksekutif Penerbitan, Puteri Murni Salleh Hudin -03-55442785

Penganjuran Bengkel
Bengkel-bengkel  yang dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan adalah bertujuan untuk memudahkan para penyelidik UiTM manghasilkan penulisan daripada penyelidikan mereka. Bengkel-bengkel ini  dianjurkan dengan sokongan daripada Jabatan Sokongan Penyelidikan PTAR. Pihak Penerbitan telah menganjurkan pelbagai bengkel sejak awal tahun 2010. Kebanyakan bengkel yang dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan di kampus utama atau kampus cawangan. Ini merupakan satu usaha positif bahagian Penerbitan dalam usaha membantu para penyelidik UiTM.
Kebiasaannya pihak Penerbitan akan menjemput penceramah yang berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi untuk membantu penyelidik-penyelidik UiTM. Bahagian Penerbitan dan Jabatan Sokongan Penyelidikan PTAR juga akan menyediakan ‘hands on’ kepada peserta untuk memudahkan para peserta. Bengkel yang diadakan akan mengambil masa selama satu hari atau dua hari bergantung  kepada jenis bengkel yang dianjurkan . Antara bengkel yang pernah dianjurkan seperti ISI Web Of Knowlegde, Publication in Indexed Journal, Royal Society Chemistry, Jumpstarting Scholarly Writing dan bengkel ‘Hands On’ ISI Web of Knowledge.
Bengkel ini dianjurkan secara percuma dan peserta bengkel pula terdiri pelajar dan pensyarah UiTM. Pengalaman dan ilmu yang dikongsi oleh penceramah-penceramah juga amat membantu dalam menjadikan bengkel seumpama ini lebih menarik. Bahagian Penerbitan akan menjemput para pensyarah dari setiap fakulti dan juga pusat-pusat kecermerlangan untuk menghadiri bengkel-bengkel ini. Bahagian Penerbitan akan mengumumkan bengkel yang akan dianjurkan di masa hadapan melalui e-mail, facebook Penerbitan dan juga laman blog Bahagian Penerbitan RMI.

Penerbitan Jurnal
Jurnal yang berkualiti adalah terhasil daripada artikel atau makalah yang bermutu. Pihak UiTM sehingga kini masih bekerja keras untuk menjadi sebuah universiti pendidikan atau ‘Research Universiti (RU)’. Jurnal-jurnal penyelidikan merupakan salah satu aset yang penting bagi UiTM dalam mengejar matlamat tersebut. Oleh itu, jurnal merupakan salah satu kepentingan yang dijaga oleh pihak Penerbitan RMI.  Pihak Penerbitan menghasilkan dua naskhah jurnal iaitu Social Management Research Journal (SMRJ) dan Scientific Research Journal (SMJ). Kedua-dua jurnal ini sentiasa dipantau dan dikemaskini oleh staf Penerbitan RMI.
Kedua-dua jurnal ini telah dihantar ke badan indeks dunia iaitu ISI untuk mendapat pengiktirafan sebagai jurnal berimpak tinggi. Jurnal berimpak tinggi penting bagi UiTM kerana jurnal yang mendapat petikan berindeks tinggi akan melonjakkan nama UiTM sekaligus membolehkan UiTM mencapai ‘RU’. Bahagian Penerbitan bersama dengan lembaga editor jurnal meletakkan kriteria yang ketat bagi setiap artikel yang dibukukan ke dalam kedua-dua jurnal. Setiap artikel perlu melalui 12 langkah tertentu sebelum ia diterbitkan ke dalam kedua-dua jurnal ini.
Langkah ini merupakan kaedah yang terbaik bagi pihak Penerbitan dalam melakukan tapisan kualiti terhadap artikel-artikel tersebut. Jurnal yang berkualiti tinggi akan lebih memberi impak berbanding dengan jurnal biasa. Sekiranya ada pihak yang ingin menyumbangkan artikel terhadap jurnal-jurnal tersebut, pihak tersebut boleh menghubungi bahagian Penerbitan.Selain itu, para penyelidik boleh juga menghubungi fakulti masing-masing untuk menyumbangkan artikel ke dalam jurnal yang diterbitkan oleh fakulti.  Terdapat 13 jurnal yang dihasikan oleh fakulti namun jurnal tersebut tidak berada dibawah pengawasan pihak Penerbitan kerana jurnal-jurnal ini akan dikemaskini oleh pihak yang telah dilantik oleh fakulti dan akan disaring oleh lembaga editor yang juga dilantik oleh pihak yang diberi tanggungjawab menguruskan jurnal fakulti tersebut. Kesemua jurnal tersebut dipaparkan di laman web rasmi RMI.


No comments:

Post a Comment

Kami perlukan komen anda untuk penambahbaikan. Sebarang komen dan pendapat adalah dialu-alukan. Terima kasih.