Thursday, January 13, 2011

Bengkel 'Penghasilan Artikel untuk High impact Journals' di UiTM Kedah mendapat sambutan luar biasa

Jutaan tahniah pihak Penerbitan ucapkan kepada warga UiTM Kedah yang telah menyertai bengkel 'Penghasilan Artikel untuk High Impact Factor Journals' pada 13 Januari 2011. Sambutan luar biasa yang diberikan oleh warga UiTM Kedah terhadap bengkel ini adalah diluar jangkaan pihak kami. Ini menunjukkan warga UiTM Kedah sememangnya bersedia dan ingin menerima input-input baru bagi meningkatkan kualiti penyelidikan mereka disamping menambah ilmu pengetahuan.

Bengkel 'Penghasilan Artikel untuk High Impact Factor Journals' yang diadakan kali ini adalah sama dengan bengkel yang diadakan di cawangan-cawangan lain sebelum ini. Objektif bengkel ini adalah untuk memberitahu audien tentang  teknik-teknik penghasilan artikel berimpak tinggi melalui mentor-mentor  berpengalaman yang dilantik dan juga tentang menerbitkan artikel penyelidik-penyelidik UiTM di dalam jurnal berimpak tinggi dengan bantuan mentor-mentor berkenaan.

Kehadiran warga UiTM Kedah seramai 221 orang merupakan jumlah kehadiran audien bengkel tertinggi  samada di cawangan atau di kampus utama.

Peserta-peserta bengkel di UiTM Kedah

Prof. Madya Dr Norzaidi menerima cenderahati daripada Y.Bhg Prof. Dr. Zaliha (Pengarah Kampus)

Prof. Madya Dr. Darussalam turut menerima cenderahati daripada Y.Bhg Prof. Dr. Zaliha

Foto oleh Prof. Madya Dr. Norzaidi Mohd Daud
Tarikh : 13 Januari 2011
Penceramah : Prof Madya Dr. Norzaidi Mohd Daud (SSP)
                     Prof Madya. Dr. Muhd Zu Azhan Yahya (S&T)
Moderator :  Prof. Madya Dr. Darussalam Abu Bakar
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Dewan Sarjana 2, UiTM Merbok, Kedah.
Kehadiran : 221 orang

No comments:

Post a Comment

Kami perlukan komen anda untuk penambahbaikan. Sebarang komen dan pendapat adalah dialu-alukan. Terima kasih.